PERATURAN AM PENGGUNAAN SURAU
- Sila tanggalkan kasut sebelum masuk. Kasut hendaklah diletakkan dalam keadaan yang teratur.
- Dilarang makan dan minum di dalam dan di sekitar surau.
- Dilarang melepak di dalam dan di sekitar surau.
- Jaga kebersihan ketika berada di dalam surau dan selepas menggunakannya.
- Dilarang menconteng atau merosakkan segala kemudahan yang terdapat di dalam surau.
- Jimatkan penggunaan elektrik. Pastikan suis lampu, kipas dan sebagainya ditutup sebaik sahaja selesai digunakan.
- Penggunaan surau untuk tujuan tertentu hendaklah mendapat kebenaran pihak sekolah terlebih dahulu.
- Guru mesti bersama pelajar ketika berada di dalam surau.
- Jaga semua peralatan yang telah disediakan di surau.
- Simpan semula semula peralatan atau kemudahan yang telah digunakan seperti sejadah, telekung dan lain-lain.
- Sila pastikan keselamatan barang sendiri. Pihak surau tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kecurian.
- Tutup semua tingkap dan pintu sebelum meninggalkan surau..
PERATURAN KHAS PENGGUNAAN SURAU/
ADAB PENGGUNAAN SURAU
- Memakai pakaian yang kemas, bersih dan menutup aurat ketika di surau.
- Mengambil wuduk sebelum masuk ke surau.
- Masuk ke surau dengan mendahulukan kaki kanan.
- Membaca doa masuk ke surau"اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ "
- Mengucapkan salam kepada orang yang berada di dalam surau. Sekiranya tiada ucapkanlah "Assalamu'alaina wa 'ala iba dilla hisso lihin".
- Menunaikan solat sunat tahiyatul masjid.
- Duduk beriktikaf dengan khusyuk, bersopan serta menghadap kiblat.
- Melakukan ibadah seperti berwirid, berzikir, membaca al-Quran atau berdoa.
- Tidak membuat bising dan menghormati jemaah lain di surau.
- Menghormati azan dan iqamat serta menjawabnya dengan sempurna.
- Dilarang melintas di hadapan orang yang sedang solat.
- Keluar dari surau dengan tenang.
- Keluar dari surau dengan kaki kiri.
- Membaca doa keluar dari masjidاَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ" "
PANDUAN/PERATURAN PENGGUNAAN
BILIK WUDUK
- Tanggalkan kasut sebelum masuk ke bilik wuduk. Gunakan selipar yang disediakan.
- Jangan berebut-rebut. Gunakanlah kemudahan yang disediakan secara teratur dan mengikut giliran.
- Dilarang meludah di dalam bilik wuduk.
- Dilarang membuang air di bilik wuduk.
- Jaga kebersihan bilik wuduk.
- Elakkan pembaziran air.
- Pastikan paip air ditutup selepas digunakan.
No comments:
Post a Comment